Monday 10 December 2012

KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PENGGUNAAN SUMBER

1. KEMAHIRAN MENYOAL

  • Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru. Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik menyoal.
  • Misalnya, di dalam set induksi, kemahiran menyoal digunakan untuk menolong pelajar mengingat kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan.
  • Di dalam peringkat perkembangan, kemahiran menyoal digunakan untuk mencungkil fikiran pelajar untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.
  • Di peringkat penutup, kemahiran menyoal digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran.
  • Kaedah Socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk membimbing pelajar menemui sesuatu kesimpulan.
1.1 Panduan Penggunaan Kemahiran Menyoal
      (a) Pembentukan soalan
  •  Aras soalan hendaklah sesuai dengan pelajar mengikut umur, kebolehan dan pengalaman masing-masing.
  • Sebelum aktiviti pengajaran dimulakan, guru haruslah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan.
  • Untuk memastikan soalan mudah difahami oleh pelajar-pelajar, perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah dan telah dipelajari oleh mereka.
  • Untuk menarik minat pelajar, bentuk soalan hendaklah diubah dari semasa ke semasa.
  • Soalan yang dibentuk harus boleh mendorong pelajar berfikir. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri seperti "Bumi kita adalah suatu sfera yang besar, betulkah?"
  • Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas.
       (b)Teknik Mengemukakan Soalan
  • Untuk mengelakkan setiap pelajar dalam bilik darjah memikirkan jawapan, guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa pelajar berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab soalan itu.
  • Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah ditujukan kepada seluruh kelas dan bukan hanya pelajar cerdas sahaja diberi peluang menjawab soalan-soalan guru. Guru juga harus mengelakkan daripada memberi soalan-soalan mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas.
  • Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh pelajar, guru kadangkala boleh memanggil seorang pelajar yang lain mengulang jawapan pelajar itu.
  • Untuk menarik perhatian pelajar, guru hanya menyebutkan soalan sekali sahaja, dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar oleh semua pelajar. Pastikan semua pelajar telah bersedia mendengar soalan guru.
        (c)Penerimaan Jawapan Pelajar
  • Untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik, pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi jawapan yang betul.
  • Guru hendaklah mengelakkan amalan mengulangi jawapan pelajar kerana cara ini secara tidak langsung akan menggalakkan pelajar-pelajar yang lain tidak memperdulikan jawapan yang diberi oleh pelajar, dan hanya menunggu guru mengulangi jawapan itu.
  • Jika jawapan yang diberikan adalah baik dan penting, guru boleh meminta pelajar yang lain mengulangi jawapan itu.
  • Jika jawapan yang diberikan kurang lengkap, guru boleh meminta pelajar yang lain melengkapkannya atau guru sendiri boleh menambahkan maklumat-maklumat kepada jawapannya.
  • Jika pelajar tidak boleh menjawab, guru hendaklah membantunya menjawab denagn mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan.
  • Melarang pelajar-pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai kerana ianya bukanlah tujuan menyoal.
  • Untuk mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha dan cuba menjawab soalan guru, guru haruslah mengelakkan diri daripada mengejek pelajar yang memberi jawapan yang salah atau jawapan yang bersifat bodoh.
1.2 Tujuan-tujuan menyoal
  • Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar.
  • Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar.
  • Membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri-penemuan untuk membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks.
  • Menarik perhatian pelajar supaya menumpukan perhatian mereka kepada aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan.
  • Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran.
  • Membantu pelajar mengulangkaji pelajaran untuk menyediakan diri dalam ujian yang akan datang.
  • Menjalin perhubungan yang baik di antara guru dengan pelajar melalui aktiviti soal jawab.
  • Membantu pelajar mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru dipelajari pada peringkat akhir pelajaran.
  • Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar dengan mengemukakan soalan yang menarik atau mencabar.
  • Mengembangkan daya pemikiran pelajar melalui satu siri soalan terancang.
  • Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Memberi contoh serta menggalakkan pelajar supaya berani menyoal apabila mereka keraguan atau kurang faham sesuatu. 
1.3 Komponen Kemahiran Menyoal
  1. Pembentukan soalan
          * Jelas          *Tepat          *Ringkas

     2.  Fokus (tunggal)
  • Soalan ditumpukan kepada satu idea.
  • Soalan konvergen.
     3.  Fokus (pelbagai)
  • Soalan ditumpukan lebih daripada satu idea.
  • Soalan divergen.

     4.  Sebaran
  • Soalan disebarkan kepada seluruh kelas.

     5.  Hentian
  • Memberi masa kepada pelajar memikirkan jawapannya.

     6.  Melayani jawapan                     
  • Memberi pujian                                           
  • Membaiki jawapan
  • Melengkapkan jawapan 

     7.  Memberi petunjuk menjawab
  • Memberi petua atau petunjuk untuk membantu pelajar.

     8.  Mencungkil fikiran
  • mengemukakan satu siri soalan untuk mencungkil fikiran.

1.4  Aras-aras Penyoalan
  • Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam peringkat seperti yang dinyatakan oleh Bloom dalam bukunya 'Taxonomy of Education Objectives'. Peringkat-peringkat itu ialah :
          1. Pengetahuan                                2.  Kefahaman                                 3. Aplikasi
          4. Analisis                                        5.  Sintesis                                       6. Penilaian



2. KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS 
  • Kemahiran penggunaan papan tulis memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar rajah di tempat papan tulis yang sesuai.
  • Guru yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baik bukan sahaja memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahami pengajaran guru dengan tepat tetapi juga menarik minat mereka mengikuti pelajarannya.
2.1  Prinsip-prinsip penggunaan papan tulis
  • Guru haruslah merancang penggunaan papan tulis dengan lebih awal supaya tulisan, nota dan gambar dapat diletakkan pada tempat yang sesuai dan menarik perhatian.
  • Guru haruslah cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis rajah yang menarik.
  • Tulisan dan gambar rajah yang digunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas.
  • Kapur atau pen marker yang berwarna hendaklah digunakan untuk menggambarkan teknik penonjolan dan atau penekanan.
  • Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan, misalnya selain daripada menulis dan melukis, papan tulis juga boleh digunakan untuk menggantung peta atau gambar-gamba yang digunakan sebagai alat bantu mengajar.
  • Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis, seperti menulis jawapan, melukis carta atau gambar dan menyelesaikan masalah matematik mengikut arahan guru.
  • Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Awas menggunakan papan tulis dengan masa berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.
2.3  Tujuan-tujuan penggunaan papan tulis
  • Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.
  • Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran.
  • Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah, khasnya matematik, dengan cara yang bersistematik.
  • Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru.
  • Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran pelajar.
  • Untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar mencatat notabdari papan tulis.

2.4  Komponen kemahiran penggunaan papan tulis.
  1. Kejelasan
          # Saiz tulisan yang sesuai                                  # Tulisan kemas dan tepat
          # Gambar rajah jelas dan ringkas.
 
     2.  Susunan (Layout)
          # Penggunaan ruang bagi tulisan dan rajah sesuai dan seimbang.
          # Susunan dapat jelas dilihat oleh seluruh kelas.
          # Nota-nota disusun secara sistematik.

     3.  Penonjolan atau penekanan
          # Penggunaan warna yang sesuai samada kapur atau pen marker.
          # Penggunaan warna yang menarik.

     4.  Teknik persembahan
           # Berjaya membentuk konsep dengan jelas dan tepat.
           # Berjaya memudahkan konsep atau idea yang susah.
           # Berjaya melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
           # Menggunkan papan tulis dalam masa yang sesuai.



     
     

Tuesday 4 December 2012

PERKHEMAHAN PENGAWAS SEKOLAH , PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN MURID YANG BERJAWATAN DALAM UNIT BERUNIFORM.

















PROGRAM  MENANAM  POKOK  PERINGKAT SEKOLAH. ( SATU WARGA SATU POKOK )








Saturday 1 December 2012


REFLEKSI  MAKRO  PENGAJARAN

MATA PELAJARAN     :     PENDIDIKAN AGAMA ISLAM ( JAWI)
TAHUN                        :     1 KENANGA
BILANGAN MURID      :     23 Orang
MASA                           :    12.30 – 1.00 PM (30 Minit )
TAJUK                          :    Perkataan dua sukukata terbuka dan tertutup.

PENGENALAN
           Syukur, Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah e- learning saya iaitu Dr. Abd. Kadir Bin Ariffin. Walaupun pada masa rakaman makro pengajaran ini hampir dengan cuti akhir tahun, namun dapat juga dilaksanakan dengan bantuan kawan. Mungkin terdapat beberapa kelemahan berbanding kekuatan dalam makro pengajaran ini, insyaalah dengan refleksi yang akan saya huraikan nanti dapat membantu saya memperbaikinya di masa pengajaran yang akan datang.

KEKUATAN
          Saya merasa amat berpuas hati kerana di sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlaku, murid kesemuanya menumpukan sepenuh perhatian. Walaupun masa pada ketika itu merupakan waktu yang sangat aktif untuk mereka kerana hampir dengan waktu balik. Samada mereka akan membuat bising atau mungkin ada yang tertidur.
          Saya  telah menjalankan sesi makro pengajaran ini mengikut rancangan pengajaran harian yang telah saya sediakan sebelum ini dengan sepenuhnya. Permulaan pengajaran iaitu sebagai set induksi dengan menunjukkan gambar bagi menarik perhatian. Kelihatan murid berminat dengan gambar yang di pamerkan serta menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dengan baik. Langkah seterusnya, penggunaan kad imbasan dapat mengekalkan konsentrasi murid. Penglibatan mereka juga amat menggalakkan walaupun menjawab secara beramai-ramai.
          Di antara kekuatan lain yang dapat dikesan dalam saya menjalankan makro pengajaran tersebut ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang sememangnya memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Di samping itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Ini akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
          Kejelasan ketika memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang saya kenalpasti ketika sesi pengajaran tersebut. Kejelasan penyampaian memainkan peranan ketika menyampaikan isi pelajaran. Ini memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap apa yang telah saya sampaikan. Ini terbukti pada kertas soalan yang telah dijawab oleh murid. Setelah pemeriksaan dibuat boleh dikatakan kesemua murid dapat menjawab soalan yang diberi.

KELEMAHAN
         Kelemahan dan kekurangan yang saya kenal pasti dalam tugasan makro pengajaran  saya ini ialah kurangnya aktiviti yang melibatkan keseluruhan murid. Ini dapat saya lihat melalui sikap beberapa orang murid yang kelihatan seperti bosan dan ada juga di antaranya yang menguap. Tiada aktiviti yang menggunakan pergerakan murid mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku.
        Seterusnya kekurangan  aktiviti menjadikan pengajaran terlalu singkat sehingga berlebihan masa. Saya dapati masih ada lagi masa walaupun pada ketika itu merupakan langkah penutup di mana murid telahpun selesai menjawab soalan yang diberi. Saya terasa seperti hilang punca memandangkan masa ada lagi 5 minit sebelum loceng berbunyi. Sebagai memenuhi masa tersebut saya telah memberikan murid tugasan di masa  cuti sekolah dengan meminta murid membeli buku kerja latihan jawi yang terdapat di kedai buku.


LANGKAH MENGATASI
        Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan makro pengajaran yang telah saya lakukan, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah merancang pembelajaran dengan lebih teliti dan kemas.
        Sepatutnya saya memilih strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada kaedah dan teknik mengajar, yang meliputi cara-cara melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Apa yang telah saya lakukan kepada murid adalah terlalu minima, hanya beberapa orang murid sahaja yang terlibat ketika menjawab soalan. Teknik pengajaran yang perlu saya gunakan ialah main peranan. Kad-kad imbasan diberikan kepada murid dan murid berperanan untuk mencantumkan sukukata supaya menjadi perkataan yang betul. Mengeja sukukata secara kelas, kumpulan kemudian secara individu. Ini dapat mengelakkan murid dari menjadikan pengajaran tersebut membosankan sehingga ada yang mengantuk. Di samping itu akan dapat menjadikan masa dipergunakan dengan secukupnya.





Friday 30 November 2012

 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN


KAEDAH IQRAK

Kaedah Iqrak ialah kaedah yang membunyikan baris-baris huruf tanpa mengeja ( lihat dan baca )

  • Menggunakan kaedah lihat dan baca.
  • Tidak perlu mengenalkan huruf dan baris bacaan.
  • Tidak perlu mengenalkan tanda bacaan.
PENJELASAN
  • Membaca bunyi baris bagi huruf-huruf tunggal dengan bacaan pendek tanpa mad.
  • Membaca huruf-huruf yang bersambung berbaris di atas sahaja.
  • Membaca kalimah yang bercampur baris ( atas, bawah,dan hadapan )
  • Mengenal dan membunyikan huruf-huruf yang berbaris tanwin dan bertanda mati.
OBJEKTIF KAEDAH IQRAK
  • Mengenal bunyi huruf hijaiyah.
  • Menyebut huruf hijaiyah mengikut susunan.
  • Menyusun ikut urutan yang betul.
  • Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek.
CIRI-CIRI KAEDAH IQRAK
  • Tidak perlu memperkenalkan nama huruf.
  • Tidak perlu mengeja.
  • Membunyikan huruf atau kalimah berdasarkan baris ( tanda baca ).
  • Tidak memberi penekanan terhadap nama hukum tajwid.
  • Hukum tajwid diperkenalkan secara sepintas lalu.
KESESUAIAN KAEDAH IQRAK
  • Kaedah ini sesuai bagi murid diperingkat asas dan tidak mengenal tulisan jawi.

CARA-CARA PENGGUNAAN KAEDAH IQRAK
  • Guru menyebut bunyi huruf diikuti oleh murid.
  • Guru mendengar sebutan murid, menegur dan membetulkan kesalahan.
  • Murid menyebut atau membaca secara berulang-ulang.
  • Murid memperdengarkan bacaan contoh.

LANGKAH-LANGKAH
  1. PERSEDIAAN
  • Menentukan huruf-huruf yang hendak diajar.
  • Menyediakan bahan bantu mengajar.
  • Menentukan masa pengajaran.
     2.   PERLAKSANAAN AKTIVITI
  • Guru menyebut murid mengikut.
  • Guru mendengar sebutan murid dan membetulkan kesalahan.
  • Murid menyebut atau membaca secara berulang-ulang.
  • Memperdengarkan bacaan contoh daripada murid.
  • Membaca bunyi baris bagi huruf-huruf tunggal dengan bacaan pendek tanpa mad.
  • Membaca huruf-huruf yang bersambung berbaris di atas sahaja.
  • Membaca kalimah yang bercampur baris ( baris atas, bawah dan depan ).
  • Mengenal dan membunyikan huruf-huruf yang berbaris tanwin dan bertanda mati.
     3.  TINDAKAN SUSULAN
  • Pemulihan dan pengayaan secara lisan dan bertulis.
     
     4.  KEKUATAN KAEDAH IQRAK
  • Kaedah ini sesuai bagi murid diperingkat asas sahaja terutama murid yang tidak mengenal huruf jawi.
  • Menyampaikan mesej secara visual.
  • Menggunakan kebolehan pelajar untuk membantu rakan.
  • Mengasah bakat pelajar dengan menyebut huruf-huruf Al-Quran dengan fasih.





Mari Mengaji