Monday 10 December 2012

KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PENGGUNAAN SUMBER

1. KEMAHIRAN MENYOAL

  • Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru. Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik menyoal.
  • Misalnya, di dalam set induksi, kemahiran menyoal digunakan untuk menolong pelajar mengingat kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan.
  • Di dalam peringkat perkembangan, kemahiran menyoal digunakan untuk mencungkil fikiran pelajar untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.
  • Di peringkat penutup, kemahiran menyoal digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran.
  • Kaedah Socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk membimbing pelajar menemui sesuatu kesimpulan.
1.1 Panduan Penggunaan Kemahiran Menyoal
      (a) Pembentukan soalan
  •  Aras soalan hendaklah sesuai dengan pelajar mengikut umur, kebolehan dan pengalaman masing-masing.
  • Sebelum aktiviti pengajaran dimulakan, guru haruslah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan.
  • Untuk memastikan soalan mudah difahami oleh pelajar-pelajar, perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah dan telah dipelajari oleh mereka.
  • Untuk menarik minat pelajar, bentuk soalan hendaklah diubah dari semasa ke semasa.
  • Soalan yang dibentuk harus boleh mendorong pelajar berfikir. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri seperti "Bumi kita adalah suatu sfera yang besar, betulkah?"
  • Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas.
       (b)Teknik Mengemukakan Soalan
  • Untuk mengelakkan setiap pelajar dalam bilik darjah memikirkan jawapan, guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa pelajar berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab soalan itu.
  • Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah ditujukan kepada seluruh kelas dan bukan hanya pelajar cerdas sahaja diberi peluang menjawab soalan-soalan guru. Guru juga harus mengelakkan daripada memberi soalan-soalan mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas.
  • Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh pelajar, guru kadangkala boleh memanggil seorang pelajar yang lain mengulang jawapan pelajar itu.
  • Untuk menarik perhatian pelajar, guru hanya menyebutkan soalan sekali sahaja, dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar oleh semua pelajar. Pastikan semua pelajar telah bersedia mendengar soalan guru.
        (c)Penerimaan Jawapan Pelajar
  • Untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik, pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi jawapan yang betul.
  • Guru hendaklah mengelakkan amalan mengulangi jawapan pelajar kerana cara ini secara tidak langsung akan menggalakkan pelajar-pelajar yang lain tidak memperdulikan jawapan yang diberi oleh pelajar, dan hanya menunggu guru mengulangi jawapan itu.
  • Jika jawapan yang diberikan adalah baik dan penting, guru boleh meminta pelajar yang lain mengulangi jawapan itu.
  • Jika jawapan yang diberikan kurang lengkap, guru boleh meminta pelajar yang lain melengkapkannya atau guru sendiri boleh menambahkan maklumat-maklumat kepada jawapannya.
  • Jika pelajar tidak boleh menjawab, guru hendaklah membantunya menjawab denagn mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan.
  • Melarang pelajar-pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai kerana ianya bukanlah tujuan menyoal.
  • Untuk mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha dan cuba menjawab soalan guru, guru haruslah mengelakkan diri daripada mengejek pelajar yang memberi jawapan yang salah atau jawapan yang bersifat bodoh.
1.2 Tujuan-tujuan menyoal
  • Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar.
  • Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar.
  • Membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri-penemuan untuk membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks.
  • Menarik perhatian pelajar supaya menumpukan perhatian mereka kepada aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan.
  • Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran.
  • Membantu pelajar mengulangkaji pelajaran untuk menyediakan diri dalam ujian yang akan datang.
  • Menjalin perhubungan yang baik di antara guru dengan pelajar melalui aktiviti soal jawab.
  • Membantu pelajar mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru dipelajari pada peringkat akhir pelajaran.
  • Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar dengan mengemukakan soalan yang menarik atau mencabar.
  • Mengembangkan daya pemikiran pelajar melalui satu siri soalan terancang.
  • Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Memberi contoh serta menggalakkan pelajar supaya berani menyoal apabila mereka keraguan atau kurang faham sesuatu. 
1.3 Komponen Kemahiran Menyoal
  1. Pembentukan soalan
          * Jelas          *Tepat          *Ringkas

     2.  Fokus (tunggal)
  • Soalan ditumpukan kepada satu idea.
  • Soalan konvergen.
     3.  Fokus (pelbagai)
  • Soalan ditumpukan lebih daripada satu idea.
  • Soalan divergen.

     4.  Sebaran
  • Soalan disebarkan kepada seluruh kelas.

     5.  Hentian
  • Memberi masa kepada pelajar memikirkan jawapannya.

     6.  Melayani jawapan                     
  • Memberi pujian                                           
  • Membaiki jawapan
  • Melengkapkan jawapan 

     7.  Memberi petunjuk menjawab
  • Memberi petua atau petunjuk untuk membantu pelajar.

     8.  Mencungkil fikiran
  • mengemukakan satu siri soalan untuk mencungkil fikiran.

1.4  Aras-aras Penyoalan
  • Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam peringkat seperti yang dinyatakan oleh Bloom dalam bukunya 'Taxonomy of Education Objectives'. Peringkat-peringkat itu ialah :
          1. Pengetahuan                                2.  Kefahaman                                 3. Aplikasi
          4. Analisis                                        5.  Sintesis                                       6. Penilaian



2. KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS 
  • Kemahiran penggunaan papan tulis memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar rajah di tempat papan tulis yang sesuai.
  • Guru yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baik bukan sahaja memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahami pengajaran guru dengan tepat tetapi juga menarik minat mereka mengikuti pelajarannya.
2.1  Prinsip-prinsip penggunaan papan tulis
  • Guru haruslah merancang penggunaan papan tulis dengan lebih awal supaya tulisan, nota dan gambar dapat diletakkan pada tempat yang sesuai dan menarik perhatian.
  • Guru haruslah cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis rajah yang menarik.
  • Tulisan dan gambar rajah yang digunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas.
  • Kapur atau pen marker yang berwarna hendaklah digunakan untuk menggambarkan teknik penonjolan dan atau penekanan.
  • Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan, misalnya selain daripada menulis dan melukis, papan tulis juga boleh digunakan untuk menggantung peta atau gambar-gamba yang digunakan sebagai alat bantu mengajar.
  • Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis, seperti menulis jawapan, melukis carta atau gambar dan menyelesaikan masalah matematik mengikut arahan guru.
  • Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Awas menggunakan papan tulis dengan masa berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.
2.3  Tujuan-tujuan penggunaan papan tulis
  • Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.
  • Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran.
  • Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah, khasnya matematik, dengan cara yang bersistematik.
  • Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru.
  • Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran pelajar.
  • Untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar mencatat notabdari papan tulis.

2.4  Komponen kemahiran penggunaan papan tulis.
  1. Kejelasan
          # Saiz tulisan yang sesuai                                  # Tulisan kemas dan tepat
          # Gambar rajah jelas dan ringkas.
 
     2.  Susunan (Layout)
          # Penggunaan ruang bagi tulisan dan rajah sesuai dan seimbang.
          # Susunan dapat jelas dilihat oleh seluruh kelas.
          # Nota-nota disusun secara sistematik.

     3.  Penonjolan atau penekanan
          # Penggunaan warna yang sesuai samada kapur atau pen marker.
          # Penggunaan warna yang menarik.

     4.  Teknik persembahan
           # Berjaya membentuk konsep dengan jelas dan tepat.
           # Berjaya memudahkan konsep atau idea yang susah.
           # Berjaya melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
           # Menggunkan papan tulis dalam masa yang sesuai.



     
     

No comments:

Post a Comment

Mari Mengaji